Memalam duk google pasal air detox lak.. hihi. Ada angan nak kurus tapi ada je halangan yang datang.. mak jenis suka masak pastu bagi anak2 makan.. duk dengan mak biasa la.. tak makan kan merajuk lak... bila dah anak pula, makna anak tak suka makan mula bagi kat kita ye.. nak buang sayang.. makan kan habis diet.. haha. Diet la sangat.. Nak lak sekarang tengah breastfeeding, cepat lapar je memanjang.. tapi nak google n share sini la.. senang nak guna nati..
kredit - mingguanwanita.my
Air detoks atau infused water menjadi salah satu trend kesihatan untuk menurunkan berat badan. Apakah sebenarnya air detoks? Kalau tengok air detoks cuma air putih yang kemudian dimasukkan pelbagai macam buah-buahan segar. Perlu direndam selama beberapa jam atau seelok-eloknya sehari semalam sebelum diminum. Buah-buahan yang disyorkan dimasukkan dalam air detoks adalah buah-buahan bertekstur keras.
Diet detoks membantu mengurangkan pengambilan kalori sehingga mengurangkan lemak di dalam badan. Tapi macam mana pula untuk sediakan air detoks ini, ya? Haaa.. mungkin anda boleh rujuk cara ini:
Diet detoks membantu mengurangkan pengambilan kalori sehingga mengurangkan lemak di dalam badan. Tapi macam mana pula untuk sediakan air detoks ini, ya? Haaa.. mungkin anda boleh rujuk cara ini:
1. Timun + Limau + Lemon
Sesuai untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan. Timun, limau dan lemon mampu mengawal nafsu makan selain mengelakkan masalah perut kembung.
Sesuai untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan. Timun, limau dan lemon mampu mengawal nafsu makan selain mengelakkan masalah perut kembung.
2. Teh Hijau + Daun Pudina + Oren
Sangat berkesan untuk membakar lemak, melancarkan penghadaman, mengatasi sakit kepala dan bau mulut. Teh hijau pula memang terkenal dalam membantu meningkatkan metabolisme tubuh.
3.Timun + Lemon + Limau Nipis + Oren
Sesuai untuk mereka yang sedang berdiet kerana timun, lemon, limau nipis dan oren membantu mengawal selera makan dan meningkatkan metabolisme tubuh.
4.Lemon + Daun Pudina
Kombinasi lemon dan daun pudina sesuai buat mereka yang sibuk dan aktif. Lemon dapat menyingkirkan toksin dalam badan manakala daun pudina pula membantu proses penghadaman. Ia sangat membantu menurunkan berat badan.
5.Oren + Lemon + Limau Nipis
Sesuai untuk mereka yang menjaga kesihatan perut kerana oren dan limau nipis baik untuk sistem pencernaan. Lemon pula membersihkan sistem pencernaan. Berkesan untuk mengatasi masalah perut buncit.
6.Strawberi + Oren +Daun Pudina
Air detoks campuran strawberi, oren dan daun pudina sangat baik untuk diamalkan. Hal ini kerana strawberi mampu mengurangkan kolesterol. Oren pula membantu mengatasi masalah sembelit manakala daun pudina pula mencegah masalah angin dan kembung perut.
Daun pudina memang best sangat tapi kat kelantan punya susah nak cari. Sapa tau mana cari daun pudina di bumi kelate nie.. hihi. Aeon Mall baru ada tak agak2. Dau pudina memang best gak utk detoks.. bau pun wangi je.. letak dalam tea pun best je..
100% Produk Muslim & Bumiputera, Halal
"Sedap, Rangup & Padat"
****************************************************************************
Kalau dah teringin sangat nak cuba Popia Mini dan Karipap Mini Snek Lazat, jangan segan2 nak contact ye.
COD dari Pantai Cahaya Bulan hingga ke Ketereh ye. Penghantaran depend pada order ye. atau Agen Snek Lazat yang berdekatan ye -- KLIK SINI
FB - https://www.facebook.com/SnekLazat
Msg thru FB Snek Lazat- https://www.facebook.com/messages/SnekLazat
Ig @jom_singgah_shoppe
Official Website - www.jomsinggah.com