Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Followers

Tuesday, December 27, 2016

Harga termurah untuk Katering AisKrim Goyang sekitar Kota Bharu

Pakej Premium AIskrim Goyang
Pakej Premium AIskrim Goyang
Nak usha dessert untuk majlis kawen? Dessert AIskrim goyang pun best gak ye. Semua peringkat umur suka aiskrim goyang nie.. Goyang goyang terus jadi aiskrim.. magic kan., Memang magic. Semua peringkat umur layan aiskrim goyang.

Pakej Santai Aiskrim Goyang






Pakej Santai Aiskrim Goyang

Anak sedara ramai? Nak belanja aiskrim? Jemput je kita dengan harga terbaik dan termurah untuk pakej santai ye.. santai2 makan aiskrim goyang, kita layan sampai 2jam, lepas tu kalau tak habis masuk peti. Esok leh makan lagi. hihi.

Saturday, December 17, 2016

Cream Puff RM25 50Pcs (Order sehingga 24Dec16)

Cream Puff Rm25 50pcs


Makanan lagi ye.. Maklumlah blog pasal makanan. Apa admin makan, kita share dan share. Nak order boleh dengan harga terlajak murah. Insyallah cream puff ni pun sedap, kalau buat boleh skali jalan je habis. Kalau 50biji kejap je jalan.. habis terus. hihi.

Kek Hokaido Gebu Gebas RM1 sahaja ( Order sehingga 24Dec16)

Kek Hokaido Gebu Gebas RM1 sahaja


Assalamualaikum dan selamat pagi semua.. Pepagi dah update pasal makanan, jom layan kek hokaido dulu sementara chef dari kuantan ada kat kelantan nie.. rasa memang sedap kek hokaido nie ye.. sebab jarang2 makan. 

Sunday, December 4, 2016

Doorgift / Goodies Rare dan MURAH



Tengah cari goodie / doorgift??

Nak snek sedap?
Lain dari lain?

Meh usha simple goodie / doorgift kerepek pisang nie ye.. Nak buh kerepek pisang kosong, masin, sira dan manis boleh belaka ye. Insyallah sedap je tetamu ngunyah nati. Tengok habis doh sepaket..

Harga goodie / doorgift ni murah sungguh, murah dan murah la ye. Kata budget doorgift, kita bagi la harga murah. 80sen sahaja untuk isian 35-40gm, insyallah bagi extra la..


Doorgift Budget Kerepek Pisang 80sen / 35-40gm
Doorgift Budget Kerepek Pisang 80sen / 35-40gm

Kerepek Pisang Nangka yang super ranggup





Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Jom layan aktiviti snek lazat sket. Kesibukan didapur, lambat la sket update kat blog nie tapi akan update.. hihi. 

Semalam jalan2 kebun nenek dapat 4 tandang Pisang Nangka yang super best. Kalau wat kerepek pisang memang sedap sangat sebab ranggup. Nak sedap lagi boleh wat sira dan masin.. baru sedap sket mengunyah sebab ada rasa kan.
Pisang nangka dari kebun
Nak beli pun boleh je ye.

Wednesday, November 30, 2016

Siap 400botol Popia Nestum in Jar



Alhamdulillah akhirnya siap doorgift / goodies atau dikenali siso dikelate. 400botol dan free 100 goodies cinonet yang bernilai 80sen/pack. Jimat banyak nie, siap ada free goodies. FREE GOODIES tau.. tapi ada terma dan syarat la.


Majlis / Booking bulan december ni sahaja.
Min 500pcs goodies (nilai goodies rm2 keatas)
Insyallah memberi selagi ada popia ye.. 


Isian - Popia Simpulan Kasih Nestum (nak request Popia Nestum Gulung pun boleh ye)
Berat - 50-60gm (dengan kata lain penuh jar, insyallah)


Harga RM2.70 (free sticker hitam putih & Tali)


Meh usha tengok aktiviti sneklazat untuk siapkan doorgitf customer nie..



Popia Simpulan Kasih Nestum
Akhirnya dah siap.. Popia Simpulan Kasih Nestum

Popia Simpulan Kasih Nestum
Popia Simpulan Kasih Nestum RM2.70

Loose Pack pun ada untuk semua jenis Snek


Loose Pack Popia Simpulan Kasih Nestum dan Cheese
Loose Pack Popia Simpulan Kasih Nestum dan Cheese

Asyik tengok dalam packaging botol je ye. Ni kelainan sket sebab sapa yang beli borong untuk hidangkan untuk tetatmu, majlis kenduri kendara ke.. wat goodies/doorgift budget, goodies/doorgift exclusive in jar ke. Boleh je loose pack dan repack balik ye. Jimat kos tapi perlukan masa lah untuk wat benda remeh ye.. hihi (nak cepat boleh order direct dengan kita ye - Klik Doorgift Budget atau Doorgift Exclusive (in jar kaca atau plastic ye)

Tuesday, November 22, 2016

Membeli Serunding sambil Beramal. Tambah Saham Akhirat



Membeli sambil beramal. 
Beli serunding sambil beramal untuk ~Misi Kembali ke Sekolah 2017~

Untuk tempahan boleh contact kak elly terus ye, 
Elly Elly EksekutifSuri 012-361 4014
eksekutifsuri@yahoo.com.my
http://serunding-tradisional-melayu.blogspot.com/



Nak Kelainan & Terlajak MURAH untuk DOORGIFT / Goodies?



Nak kelainan untuk bagi doorgift / goodies kat sedara mara & Tetamu?
Asyik snek biasa je. Kekacang je.  Apa kata tukar sket menu doorgift, bagi yang tradisional tapi yang telah dimodenkan ye.

Nak yang terlajak moden, boleh bagi cheezy snek yang terlajak sedap & crunchy sampai ramai yang repeat order tau.. Alhamdulillah ( ni khas untuk pengemar tegar cheezy snek ye).


Popia Simpulan Kasih Cheese
Popia Simpulan Kasih Cheese

Thursday, November 17, 2016

Cheezy Snek yang terlajak HOT untuk Doorgift / Goodies



Cuci mata tengok doorgift / goodies lagi ye. Sebab skrang musim kenduri kendara, mesti ramai yang tengah cari goodies untuk diberikan kepada tetamu. Yang penting isian sedap dan berbaloi dengan kos ye. Tak gitu??


Cuci mata dulu mana tau ada berkenan dihati. Sempat snap masa order dari customer minggu lepas. Alhamdulillah 200pack Cheezy Snek dah sampai kat tangan tetamu semua kot sebab majlis pun selesai.. Cuma owner  yang buat goodies je lambat tayang.

Kerepek Pisang Cheese serendah RM1.20-1.70, isian 40gm
Popia Simpulan Kasih Cheese RM1.20, Isian 30gm.

Apa2 kita boleh pack ikut budget customer ye.. Insyallah harga terlajak murah nie. Berbaloi dengan kos dan kesedapan isian.


Kerepek Pisang Cheese - RM1.20
Kerepek Pisang Cheese - RM1.20

Kerepek Pisang Cheese RM1.70
Kerepek Pisang Cheese RM1.70

Wednesday, November 16, 2016

Doorgift/Goodies Kerepek Pisang Cheese



Ni baru rare!! Memang terlajak lain dari yang lain. Kerepek pisang cheese untuk doorgift. Alhamdulillah selamat dah pos 100pack Kerepek Pisang Cheese ke Shah Alam. Cuma tang update je lambat sket sebab sibuk keje luar. Kalau tak suka dengan unsur keju, kerepek pisang biasa pun boleh gak - kosong, sira, masin. Semua orang layan je, tak kira budak hingga orang berumur makan kerepek pisang. 


Kerepek Pisang Cheese.
Kerepek Pisang Cheese.

Doorgift/Goodies Budget Popia Cheese



Ni cerita minggu lepas lagi tak sempat je nak update. Alhamdulillah 100pack Popia cheese dalam bentuk budget doorgift dalam selamat pos n sampai n bagi kat tetamu dah pun.. tarikh event 12nov16 aritu lagi tak sempat aje nak update. Ni baru lain dari lain ye. 

Cuci mata dulu la ye mana tau ada nak order nanti. Mana tetamu mesti tanya beli popia simpul cheese nie.. sebab popia cheese ni jarang ada yang simpul.. kebanyakan nacho/ kepingan  je. Apa cuba lain dari yang lain kan. Yang penting sedap dan ranggup. Cheese melekat kat tangan tu.


Popia Simpulan Kasih Cheese
Popia Simpulan Kasih Cheese

Tuesday, November 15, 2016

Aiskrim Goyang yang terlajak laku masa event.



Throwback aktiviti snek lazat. Aiskrim goyang dulu satu.. skali ngap terus habis, tinggal lidi je. Hihi. Sebab time dapat aiskrim free nie ada 3-6kali makan aiskrim goyang. Suka tengok budak2, kakak, abe2, makcik, pakcik.. semua peringkat umur la layan aiskrim goyang yang terlajak sedap dan lariss. 


Iklan Sat - Tempahan masih dibuka ye. SMS/wassap 0199517292 deh Sekitar Kota bharu - Ketereh. Mana sekitarnya boleh je

Jom layan dulu tb aktiviti aiskrim goyang minggu lepas di Majlis Perkahwinan Ain,  Kampung Danggar Pasir Mas (12nov16). Walaupun hujan renyai aiskrim tetap laku keras ye.. setup kul 12, kul 3 dah licin 325batang aiskrim goyang. Customer order pakej premium yang terlajak sedap ooo. Dari budak2 sampai orang berumur semua layan.. sempat snap pic masa tak kena serbu.. time serbu memang tak sempat nak snap pic pun. Terima kasih ye tuan rumah jemput. Lain kali leh jemput lagi.


Tuan Rumah  berbaju merah yang menjemput kita

Monday, November 14, 2016

Cheezy Snek dengan limpahan keju



Sapa peminat taburan keju pada snek? angkat tangan lelaju ye..


Jom cuci mata tengok Kerepek pisang dan Popia simpulan Kasih dengan limpahan cheese. Nyummy. Ramai yang dah repeat order setakat nie. Ni untuk budget mana yang nak cuba dulu ye. Ada botol saiz S dan M sahaja dulu. Harga serendah RM6-10 depend pada botol n jenis kerepek ye.




Kerepek Pisang dan Popia Simpulan Kasih Cheese
Kerepek Pisang dan Popia Simpulan Kasih Cheese

Thursday, November 10, 2016

Layan Kerepek Pisang Raga dulu..sedap dan ranggup tau...



Assalamualaikum dan selamat tengahari semua.. Macam lama je tak update gapo2 kat blog nie. Kesibukan kat dapur sebab tambah snek pulok skrang  nie.. Kerepek pisang in da house.. siap orang tempah untuk doorgift / goodies dah pun tapi yang tu kita update kemudian ye. Satu per satu.. kalau boleh nak tepek kat blog semua skali tapi admin je tak sempat.. hihi.



Pisang Raga (org kelantan panggil, belah luar tak sure)
Pisang Raga (org kelantan panggil, belah luar tak sure)
Pisang raga kategori besar gak sebab kecik sket dari pisang tanduk. Sebab tu kita wat potongan serong sket..Rasa kerepek pisang raga nie sama macam kerepek pisang nangka. Rangup sungguh. Harga pun sama macam kerepek pisang lain gak iaitu serendah rm25 sahaja sekilo. Biasa kita pack 340gm .. jadi ambik 3paket sekilo ye. Boleh campur dengan pisang lain. Kerepek pisang yang available ada kosong, masin, sira , cheese

Thursday, November 3, 2016

Doorgift Kerepek Pisang Cheese, baru lain dari lain ye..



Assalamualaikum dan selamat tengahari semua. Tak lama lagi cuti sekolah kan.. mana yang dah jadi raja sehari tu dah buat semua persediaan ke. 

Nak cari doorgift yang budget? Simple? Yang penting sedap, betul ke tidak. Kalau nak lain dari yang lain boleh cuba wat doorgift kerepek pisang lak ye.. sedap dan ranggup pastu insyallah semua orang pun suka dengan kerepek pisang nie.

Keperek Pisang Cheese
Keperek Pisang Cheese

Wednesday, November 2, 2016

Layan Kerepek Pisang Cheese.. ummmm sedapnya



Bagi peminat tegar snek kerepek pisang plus cheese memang kena cuba ye sebab rasanya boleh tahan la sedapnya.. tapi cheese tak melekat sangat kat kerepek pisang tak macam popia cheese. Ketebalan cheesenya memang menawan kalbu betul.. tapi kat kerepek pisang pun bersalut sepenuhnya je tapi tak tebal sangat ye... tetap sedap.. limpahan cheese gitu. Ni khas untuk peminat tegar cheese dan kerepek pisang ye. Kalau nak cuba apa salahnya.


Kerepek Pisang Cheese
Kerepek Pisang Cheese

Pengalaman join Vendor Boutique




Assalamualaikum dan selamat pagi semua.. kat ig ada yang hantar DM untuk tanya untuk jadi vendor kat boutique diorang.. perasaan ada je yang berminat tapi ada juga perasaan takut kisah lama berulang kembali seperti 2tahun lepas kot. Tapi nasib tak menyebelahi juga kot. Marketing belum hebat lagi ke. Mungkin ada hikmahnya kisah 2tahun lepas nie..




Kita hanya peniaga kecil yang nak kembangkan bisnes. Vendor boutique memang glamour sesangat la masa tu dan sekarang kan sebab peniaga kecil boleh join satu boutique bawah satu bumbung dengan peniaga online lain. Kiranya owner boutique mengenakan harga tertentu untuk letak barang kat boutique diorang. (kalau cara kampung, macam tumpang letak apa2 kat kedai runcit gitu. Lepas tu tuan kedai akan ambik komisen atas apa barang yang terjual. Rasa cara kampung lebih berkat la.). Macam kita sewa slot kat boutique la kan. Nak jumpa yang owner boutique ambik komisen memang takda langsung, semua nak kena bayar sewa. Bayar sewa pun tak kisah kalau kedua2 pihak berkeje dalam mempromosikan produk. Ni tak, kita terhegeh duk promote produk dan ig tersebut. Tak gitu?? Kalau ada kerjasama dua2 belah pihak takda la terasa sangat kalau sale takda sangat. Makna produk kita masih belum dikenali la tu..

Monday, October 31, 2016

Menerima tempahan AisKrim Goyang pelbagai majlis



Taktau nak wat dessert apa?
Apakata tempah aiskrim goyang je. Senang dan mudah. Yang penting sedap dan lariss nie.
Warna warni ais krim goyang pasti memberikan keceriaan para tetamu yang datang kat majlis anda. Harga pun murah2 je.



Menerima tempah untuk sebarang jenis kenduri kendara ye.

Sunday, October 30, 2016

Tempahan Ais Krim Goyang di Lembah Sireh Kota Bharu



Alhamdulillah settle untuk tempahan AisKrim goyang kat Lembah Sireh Kota Bharu pada jumaat lepas.. Alhamdulillah cuaca elok tu masa tu.. Sempat snap pic masa setup je.. n last aktiviti sebab kena serbu n plus tepon bateri tak sihat. ni kasi throwback sket sebab tak sempat nak update semalam..keletihan..

Majlis Akikah Baby Husna
Lokasi - Lembah Sireh Kota Bharu
Kuantiti 500pax

aiskrim goyang kota bharu
Setup Aiskrim goyang

Pakej Standard AisKrim Goyang jadi pilihan untuk menceriakan tetamu



Alhamdulillah.. ni persediaan untuk majlis akikah baby husna. tempahan 500pax. Nanti kita update masa majlis tu juga tapi tak banyak yang sempat snap.

Persediaan untuk Aiskrim goyang
Persediaan untuk Aiskrim goyang

Saturday, October 29, 2016

Tempahan Ais Krim Goyang sekitar Kelantan



Jom meriahkan para tetamu dengan warna warni ais krim goyang yang terlajak sedap.. skali ngap terus habis.. hihi

Ceriakan para tetamu dengan warna warni ais krim goyang..
Ceriakan para tetamu dengan warna warni ais krim goyang..



Ais Krim Goyang terlajak sedap
Ais Krim Goyang terlajak sedap


Jom kasi meriahkan para tetamu dengan ais krim goyang dari sneklazat dengan harga terendah ye. Ada 2pakej yang ditawarkan setakat nie iaitu pakej standard serendah 50sen sebatang dan pakej premium serendah 60sen sahaja sebatang. Meh usha detail ye.. Ni pakej untuk customer yang jauh dari Kota Bharu - Ketereh. Kalau sekitar yang kita cover harga sama macam pakej sekitar Kota Bharu ye..

Tempahan Ais Krim Goyang sekitar Kota Bharu Kelantan



Alhamdulillah musim hujan pun ramai gak order ais krim goyang untuk para tetamu. Tak kira kanak2, dewasa dan semua golongan memang suka nie. Makcik pakcik pun suka makan ais krim goyang.. semua pelik sebab tak guna elektric tapi jadi ais krim jadi keras macam biasa.
Ceriakan para tetamu dengan warna warni ais krim goyang..
Ceriakan para tetamu dengan warna warni ais krim goyang..


Ais Krim Goyang terlajak sedap
Ais Krim Goyang terlajak sedap


Jom kasi meriahkan para tetamu dengan ais krim goyang dari sneklazat dengan harga terendah ye. Ada 2pakej yang ditawarkan setakat nie iaitu paket standard serendah 40 sebatang dan pakej premium serendah 55sen sahaja sebatang. Meh usha detail ye..

Wednesday, October 26, 2016

30Botol Popia Simpulan Kasih Cheese ke Shah Alam..


Popia Cheese serendah Rm10
Popia Cheese serendah Rm10
Cerita semalam.. alhamdulillah semalam dah selamat pos 30balang saiz M untuk Popia Simpulan Kasih cheese tau.. tapi agen tu bukan duk Shah alam pun.. untuk edaran di Bandar Saujana Putra dekat Putra height dan Sungai Petani.. Tapi kalau orang shah alam pun nak cuba boleh cuba contact Agen Snek lazat sana, wassap lelaju Pn Dayah 0136307961.

Tuesday, October 25, 2016

Popia Simpul Kasih dengan Limpahan CHEESE... nyummmy




Peminat tegar SNEK!

Berasaskan CHEESE lagi la best.. so nyummmyy..
Dengan Kulit POPIA yang super dooper crunchy.. so nyummy

Kalau anda memang peminat snek popia simpul dengan limpahan cheese, meh usha dulu sebab ramai yang cakap sedap.. ranggup dan padat dengan cheese tau. Harga serendah RM10- RM35 sahaja ye.. pilih mana yang berkenan.


Popia Simpulan Kasih Cheese
Popia Simpulan Kasih Cheese

Popia Cheese akan ke Sungai Petani minggu nie



POPIA SIMPULAN KASIH CHEESE
POPIA SIMPULAN KASIH CHEESE
 Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Bagi peminat popia cheese, meh wassap agen snek lazat 0136307961 Pn dayah ye.. Bermula esok beliau ada di sungai petani.. boleh roger2 ye.. mana tau beliau boleh cod kawasan yang terdekat. Alhamdulillah stok pun dah selamat pos guna perkhimatan bus express.

Monday, October 24, 2016

19-20Nov berada di UMT Terengganu



Berita baik bagi yang cuba aneka popia mini berintikan serunding ikan.. pelbagi perisa - nestum, cheese, kacang hijau. Aneka kerepek pisang.. semua dengan harga terlajak murah tau.


19-20Nov COD sekitar UMT Ganu
19-20Nov COD sekitar UMT Ganu



Kita akan berada di terengganu 19-20nov nie.. boleh order siap2, nti sampai masa kita cod je. Nak try sket boleh.. nak banyak pun boleh. Masuk order je.. jangan sampai hari wat senyap, sms tak balas, wassap tak respon lok.. kalau confirm nak je dialu2kan. Mana tau dapat harga special ke.. rugi tak cuba.

Popia Simpulan Kasih Cheese melimpah ruah di Kuantan



Dari Bekas penuh.. tinggal banyak nie je.. penangan limpahan cheese
Dari Bekas penuh.. tinggal banyak nie je.. penangan limpahan cheese

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Berita baik untuk orang kg pelindung, beserah, kuantan sebab popia cheese dah ada kat kuantan ye.. tengok la bekas atas.. dari isian penuh terus menyusut dengan jayanya.. semua penangan cheese yang melimpah ruah.. tanpa perisa tau.. original cheese..

Saturday, October 22, 2016

Kerepek Pisang pun sedap wat kudapan...



Hujan gini memang sedap kalau makan kerepek pisang bersama keluarga ye.. memang sedap ngunyah ye.. tengok habis sepaket.. Sebab keranggupan memang susah untuk lepaskan.. lepas sekeping , pastu sekeping lagi.. pastu plastic dah kosong.. berhantu betul kan..


Aneka Jenis Kerepek Pisang - Kosong, Manis, Sira, Masin
Aneka Jenis Kerepek Pisang - Kosong, Manis, Sira, Masin
 Harga pun murah ye serendah 

Beraktiviti siapkan Kerepek Pisang



Ni kisah semalam je.. beraktiviti dengan kerepek pisang dulu.. tebang pokok pisang, kopek buah pisang, rendam garam dulu.. pastu aktiviti mengoreng kerepek pisang.. tadaa.. jadi la kerepek pisang. 


Pisang yang ditebang dari laman rumah..
Pisang yang ditebang dari laman rumah..

Karipap Mini berhantu




Berhantu ke? Kalau peminat tegar karipap mini memang makan nie boleh habis terus sebalang.. Insyallah sedap, inti pun padat (rasa inti yang sedap). Harga serendah rm12 sahaja untuk botol saiz M untuk Karipap Mini Serunding Ikan ye. 


Kalau nak cuba boleh la roger2 ye..sebab kita buat fresh dari dapur bila confirm order ye.. Takda ready stok kecuali masa tu tengah proses untuk edaran Kiosk Snek Lazat dan order dari customer lain.


Karipap Mini berintikan Serunding Daging - RM14 250gm

Pelbagai jenis Serunding dengan harga murah pun ada..





Bagi peminat serunding kg laut, meh usha serunding mana yang berkenan dihati ye. 

Insyallah harga yang termurah setakat nie (mak marah kalau jual mahal sangat dari pasaran).

Antara serunding yang available adalah;

Friday, October 21, 2016

Sedekah Si Penarik Beca



Semoga bermanfaat ye..
"Kisah ini dikatakan terjadi di daerah Klaten, Jawa Tengah, Indonesia. Seorang penarik beca yang bernama Pak Kasan mempunyai kisah yang menarik tentang sedekah.

Pakej Premium Ice Cream Goyang serendah 55sen sebatang



selain pakej standard, ada juga yang nakkan pakej premium dengan tawaran ice cream yang lebih sedap, kaw dan juicess gitu.. boleh pilih jenis air kotak dipasaran ye.. dutchlady, nestle, marigold dan pelbagai lagi la ye.. 




Pakej Premium

Pakej Standard Ice Cream Goyang serendah 40sen sebatang



Alhamdulillah rezeki dengan ice goyang.. sambutan makin lariss .. utk bulan nie dan nov dah ada yang wat payment siap2. Untuk confirm tarikh siap2.




Pakej Standard yang ditawarkan adalah

Ajaibnya Sedekah di Hari Jumaat



Hebatnya bersedekah, tak kira hari malahan ada yang memberi setiap hari. Tapi hari jumaat ni khusus sedikit sebab Allah memberinya pahala “lebih", kerana hari Jumaat merupakan hari yang utama dalam islam.

Doa di pagi hari. Salam Jumaat Semua,,





Ya Allah Ya Tuhan kami,
kami mengucapkan syukur ke hadrat Allah subhanahu wata’ala dengan kesyukuran yang tidak terhingga banyaknya diatas limpahan nikmat-Nya dan rahmat-Nya kepada kami semua khususnya nikmat Islam yang kami miliki ini.