kredit - mrtengkuasmadi.com
Dah seminggu rasa asyik layan air detox dr buah lemon, halia dan buah epal.. sebab buah tu banyak kat rumah nie. jom la share kelebihan buah lemon sket baru teruja nak kurus.. wish me luck ye.. insyallah nekad kan diri sebab ada anak yang selalu nak pesan.. tiap2 hari duk suh exercise.. haha. Kalau bab makan selalu pesan jangan makan banyak ami.. hahha.

1. Kuruskan Badan

Minum air lemon pada waktu pagi membantu tubuh membakar lemak dengan lebih cekap dan berkesan. Organ hati yang berfungsi dengan baik akan memastikan proses metabolisme lemak berjalan dengan lancar dan ini sangat penting proses diet untuk kuruskan badan.

2. Tingkatkan Hidrasi & Berikan Tenaga

Kebiasanya pada setiap pagi kita akan mengalami situasi yang agak malas dan kurang bertenagakan?Cuba mulakan pagi anda dengan segelas air lemon suam pasti anda akan rasa lebih bertenaga dan terhidrat sepanjang hari. Air lemon  ini memberikan umpphh untuk lonjakkan tenaga anda.tak cuba tak tau kan..dah cuba pasti mau.

3. Cantikkan Kulit

Tahukan yang lemon ini mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi. Vitamin C memainkan peranan untuk mengekalkan kulit yang sihat serta sebagai antioksidan bagi mencegah penuaan pramatang dan melawan radikal bebas yang boleh merosakkan kulit. Vitamin C juga diperlukan dalam penghasilan kolagen yang sangat penting untuk keanjalan dan awet muda. Cer tengok saya awet muda kan (hehe terpuji diri sendiri lak) !!

4. Bantu Proses Singkirkan Toksin

Pasti ada yang telah mengamalkan air lemon ketahui bahawa air lemon merupakan diuretik semulajadi yang membantu menyingkirkan cecair dan toksin di dalam badan. Asid sitrik yang terkandung di dalamnya juga membantu fungsi buah pinggang serta hasilkan eznim untuk proses detoxs di organ hati. Kita sedia maklum organ hati adalah merupakan salah satu organ utama dalam proses membuang toksin daripada tubuh badan manusia. Bila badan mempunyai toksin yang banyak akan memberikan kesan badan mudah letih dan mengantuk. Bila toksin telah disingkirkan nutrien daripada makanan juga akan lebih mudah diserap ke dalam badan.

5. Sokong Sistem Imun

Alkisahnya dengan kandungan Vitamin C yang tinggi dapat membantu meningkatkan sistem imun manusia. Ini bagi mengelakkan mudah terkena demam selesema baik amalkan secawan lemon suam di pagi hari sebelum menempuh perjalanan ke pejabat.

6. Bantu Penghadaman

Jika anda mengalami masalah penghadaman dan susah untuk membuang air besar cuba amalkan minum segelas air lemon suam di kala pagi sewaktu subuh menjelang tiba. Air suam dengan lemon ini akan membantu merangsang saluran penghadaman @ merangsang pergerakan usus serta akan bersihkan organ hati anda.Cubala pasti anda happy senyum selalu lega tuhh…

7. Alkalikan Tubuh Anda

Tubuh manusia boleh menjadi terlampau berasid bila mengamalkan pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat. Bila badan berasid akan menggangu pelbagai fungsi badan serta tubuh anda akan terdedah kepada pelbagai penyakit dan sel-sel kanser juga lebih mudah tercetus. Lemin yang diketahu adalah bersifat asid, mampu mengalkalikan tubuh dan darah yang diambil. Ini sangat membantu memastikan keseimbangan PH sentiasa terpelihara, terutamanya jika kira gemar makan seperti daging, keju dan lain lain.