Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Followers

Friday, October 21, 2016

Sedekah Si Penarik Beca



Semoga bermanfaat ye..
"Kisah ini dikatakan terjadi di daerah Klaten, Jawa Tengah, Indonesia. Seorang penarik beca yang bernama Pak Kasan mempunyai kisah yang menarik tentang sedekah.



Pak Kasan mempunyai amalan bersedekah yang unik. Dia akan memberi perkhidmatan percuma pada setiap hari Jumaat. Begitulah rutin sedekah Pak Kasan. Sesiapa sahaja yang menaiki becanya pada hari tersebut, tidak akan dikenakan tambang. Begitulah yang dilakukan oleh Pak Kasan pada setiap hari Jumaat.

Pada suatu hari Jumaat seorang wanita kaya menaiki beca Pak Kasan. Apabila sudah sampai tempat yang dituju, bertanyalah wanita itu akan tambangnya. Seperti biasa, bersahajalah si penarik beca ini mengatakan bahawa pada hari tersebut dia tidak mengenakan tambang. Si wanita kaya itu tersenyum, namun masih tidak berpuas hati. Justeru dia bertekad mahu menguji si penarik beca pada masa yang lain.

Pada hari Jumaat seterusnya, si wanita kaya menaiki beca Pak Kasan sekali lagi. Kali ini wanita itu mahu Pak Kasan membawanya ke rumah Pak Kasan. Katanya mahu berkenalan dengan keluarga Pak Kasan. Lalu Pak Kasan tanpa sebarang prasangka pun mengayuh becanya pulang ke rumah.

Sampai di rumah, sedarlah wanita kaya itu akan keikhlasan Pak Kasan dengan sedekahnya. Didapati Pak Kasan memiliki seorang isteri yang solehah dan beberapa orang anak yang baik-baik. Sesungguhnya Pak Kasan pada pandangannya adalah seorang yang sangat miskin jika dibandingkan dengan dirinya. Namun, Pak Kasan masih mampu bersedekah.

Katanya, "Saya berasa malu dengan Pak Kasan. Selama ini, saya tidak pernah bertemu dengan orang yang luar biasa seperti Pak Kasan. Pak Kasan hidup sederhana, bahkan serba kekurangan, tetapi tidak pernah meninggalkan sedekah. Sedangkan saya hidup penuh dengan kemewahan, bahkan berlebih-lebihan, tetapi saya tidak pernah memberi sedekah. Maka dengan ini, izinkan saya mengajak Pak Kasan sekeluarga untuk menunaikan haji tahun ini dengan keluarga saya."

Kisah-kisah ajaib seperti di atas bukan sekali dua pernah kita dengar. Begitulah ajaibnya apabila berbuat sesuatu semata-mata kerana Allah, khususnya dalam hal sedekah. Pasti dan pasti Allah akan balas berkali ganda. Begitulah janji Allah. Janji yang pasti dikotakan sejak dulu, kini dan sehinggalah ke hari kiamat."

[Berinfaklah wahai anak Adam, nescaya Aku akan memberi infak kepadamu.] Hadis qudsi riwayat Bukhari

[Orang-orang yang mengasihi orang lain akan dikasihi oleh Allah Yang Maha Pengasih. Kasihanilah mereka (makhluk) yang ada di bumi nescaya kamu akan dikasihi oleh Allah SWT (dan para malaikat) yang di langit.] HR: Abu Daud, at-Tirmizi dan al-Baihaqi

[Pada hari kiamat kelak, setiap orang bernaung di bawah bayangan (perlindungan) sedekahnya hingga ditetapkan keputusan manusia.]HR: Ahmad, Ibnu Hibban dan al-Hakim 

kredit eshazara.blogspot.my


100% Produk Muslim & Bumiputera, Halal

"Sedap, Rangup & Padat"


****************************************************************************

Kalau dah teringin sangat nak cuba Popia Mini  dan Karipap Mini Snek Lazat, jangan segan2 nak contact ye.

COD dari Pantai Cahaya Bulan hingga ke Ketereh ye. Penghantaran depend pada order ye. atau Agen Snek Lazat yang berdekatan ye -- KLIK SINI


SMS/ Wassap 0199517292 Mcna

FB - https://www.facebook.com/SnekLazat


Msg thru FB Snek Lazat- https://www.facebook.com/messages/SnekLazat


IG - @sneklazatsedap

Ig @jom_singgah_shoppe




Official Website - www.jomsinggah.com