IMAM Al-Ghazali menjelaskan bahawa cara bersyukur kepada Allah SWT terdiri daripada empat komponen, iaitu:
1. Syukur dengan Hati.
Syukur dengan hati dilakukan dengan menyedari sepenuhnya bahawa nikmat yang kita peroleh, baik besar, kecil, banyak maupun sedikit semata-mata kerana anugerah dan kemurahan Allah Subhanahu wa Ta'ala.
Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman: "Segala nikmat yang ada pada kamu (berasal) dari Allah," (QS. An-Nahl: 53)
Syukur dengan hati dapat mengantar seseorang untuk menerima anugerah dengan penuh kerelaan tanpa menggerutu dan keberatan, betapa pun kecilnya nikmat tersebut. Syukur ini akan melahirkan betapa besarnya kemurahan dan kasih sayang Allah sehingga terucap kalimat tsana '(pujian) kepada-Nya.
2. Syukur dengan Lisan.
Ketika hati seseorang sangat yakin bahawa segala nikmat yang ia peroleh berpunca dari Allah, maka spontan ia akan mengucapkan "Alhamdulillah" (segala puji bagi Allah). Oleh itu, apabila ia memperoleh nikmat dari seseorang, lisannya tetap memuji Allah. Sebab ia yakin dan sedar bahawa orang tersebut hanyalah perantara yang Allah kehendaki untuk "menyampaikan" nikmat itu kepadanya.
"Al" pada kalimat "Alhamdulillah" berfungsi sebagi "istighraq" yang mengandung arti keseluruhan. Sehingga kata alhamdulillah mengandung arti bahwa yang paling berhak menerima pujian adalah Allah SWT, bahkan seluruh pujian harus tertuju dan bermuara kepada-Nya. Oleh kerana itu, kita harus mengembalikan segala pujian kepada Allah.
Pada saat kita memuji seseorang kerana kebaikannya, hakikat pujian tersebut harus ditujukan kepada Allah SWT
Sebab, Allah adalah Pemilik Segala Kebaikan.
3. Syukur dengan Perbuatan.
Syukur dengan perbuatan mengandung arti bahwa segala nikmat dan kebaikan yang kita terima perlu dipergunakan di jalan yang diredhai-Nya.Misalnya untuk beribadah kepada Allah, membantu orang lain dari kesulitan, dan perbuatan baik lainnya. Nikmat Allah harus kita pergunakan secara proporsional dan tidak berlebihan untuk berbuat kebaikan.
Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wasallam menjelaskan bahawa Allah sangat senang melihat nikmat yang diberikan kepada hamba-Nya itu dipergunakan dengan sebaik-baiknya.
Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: "Sesungguhnya Allah senang melihat atsar (bekas / wujud) nikmat-Nya pada hamba-Nya," (HR. Tirmidzi dari Abdullah bin Amr).
Maksud dari hadith diatas adalah bahawa Allah menyukai hamba yang menampakkan dan mengakui segala nikmat yang dianugerahkan kepadanya. Misalnya: Orang yang kaya hendaknya membahagikan hartanya untuk zakat, sedekah dan seumpamanya. Orang yang berilmu membagi ilmunya dengan mengajarkannya kepada sesama manusia, memberi nasihat, dsb.
Maksud membahagikan diatas bukanlah untuk menunjuk-nunjuk, namun sebagai wujud syukur yang didasaari kerana-Nya.
Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman: "Dan terhadap nikmat Tuhanmu, hendaklah engkau nyatakan (dengan bersyukur)," (QS. Adh-Dhuha: 11).
4. Menjaga Nikmat dari Kerosakan.
Ketika nikmat dan kurnia didapatkan, cubalah untuk dipergunakan dengan sebaik-baiknya. Selepas itu, usahakan untuk menjaga nikmat itu dari kerosakan. Sebagai contoh: Ketika kita dianugerahi nikmat kesihatan, kewajiban kita adalah menjaga tubuh untuk tetap sihat terhindar dari sakit. Demikian pula dengan halnya dengan nikmat iman dan Islam, kita wajib menjaganya dari "kepupusan" yang disebabkan pengingkaran, pemurtadan dan lemahnya iman.
Untuk itu, kita harus senantiasa memupuk iman dan Islam kita dengan solat, membaca Al-Qur'an, menghadiri majlis-majlis ilmu, berzikir dan berdoa. Kita pun harus membentengi diri dari perbuatan yang merosakkan iman seperti munafik, ingkar dan kemungkaran.
Intinya setiap nikmat yang Allah berikan harus dijaga dengan sebaik-baiknya.Allah SWT menjanjikan akan menambah nikmat jika kita pandai bersyukur, seperti pada firmannya: "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-KU), Sesungguh azab-Ku sangat pedih," (QS . Ibrahim: 7). [rki]
kredit islampos.com
****************************************************************************
Kalau dah teringin sangat nak cuba Popia Simpulan/ Gulung Kasih dan Karipap Mini Snek Lazat, jangan segan2 nak contact ye.
COD dari Pantai Cahaya Bulan hingga ke Ketereh ye. Penghantaran depend pada order ye. atau Agen Snek Lazat yang berdekatan ye -- KLIK SINI
SMS/ Wassap 0199517292 Mcna
Msg thru FB Snek Lazat- https://www.facebook.com/messages/SnekLazat
Ig @jom_singgah_shoppe
Official Website - www.jomsinggah.com